Gianluigi Donnarumma
Gianluigi Donnarumma

Gianluigi Donnarumma

† Kemunculan (Gol).
Gianluigi Donnarumma[2] (sebutan bahasa Itali: [dʒanluˈiːdʒi ˌdɔnnaˈrumma]; lahir 25 Februari 1999) atau biasanya diringkaskan sebagai Gigio Donnarumma, merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Serie A, Milan dan pasukan kebangsaan Itali.Beliau memulakan kariernya bersama Milan pada tahun 2015 sekali gus menjadikannya penjaga gol kedua termuda yang telah melakukakan penampilan sulung di Serie A iaitu semasa berumur 16 tahun 242 hari. Beliau segera diletakkan ke dalam kesebelasan utama Milan serta memperoleh reputasi sebagai salah penjaga gol muda yang berpotensi di dunia. Beliau juga telah memecah rekod pemain bawah-21 Itali untuk beraksi iaitu semasa beliau berusia 17 tahun dan 28 hari pada Mac 2016. Enam bulan kemudian, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Itali sekali gus menjadikannya penjaga gol termuda beraksi untuk Itali iaitu pada usia 17 tahun dan 189 hari.

Rujukan

WikiPedia: Gianluigi Donnarumma http://www.90min.com/posts/2917583-ac-milan-s-gian... http://www.acmilan.com/en/news/show/158319 http://www.espn.com/soccer/report?gameId=522588 http://www.espnfc.com/club/ac-milan/103/blog/post/... http://www.espnfc.com/club/ac-milan/103/blog/post/... http://www.espnfc.com/report?gameId=461260 http://www.fourfourtwo.com/news/donnarumma-doing-a... http://www.goal.com/en-us/news/55/main/2017/08/03/... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.soccerway.com/players/gianluigi-donnaru...